ASSALAMUALAIKUM

Pengenalan

Blog ini ditulis oleh kumpulan kami berdasarkan apa yang kami pelajari dalam Tajuk 3 bagi mata pelajaran Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam.Dalam blog ini kami menulis tentang proses kejadian manusia dan kami menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia.Proses Kejadian ini kami ambil kebanyakannya darial-Quran bagi menjelaskan kebenaran dan kesahihan peringkat kejadian manusia ini.

Sabtu, 5 Mac 2016

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN


Peringkat Kejadian Manusia



Al-Quran menerangkan berkenaan ciptan manusia dengan jelas dalam beberapa surah.Antaranya:
Firman Allah:
“sesungguhnya Kami telah menciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya”(Surah al-Tin:4)
Malaikat telah sujud kepada Nabi Adam a.s setelah dicipta oleh Allah swt sebagai satu tanda penghormatan yang agung.Adam a.s bukanlah makhluk’Homo Eretus’seperti yang dikatakan oleh Teori Darwin.Jika adama.s adalah makhluk Homo Eretus sudah tentu Allah tidak melantiknya sebagai khlifah Allah.


“Dan ingatlah TuhanmuTelah Berfirman kepada malaikat;Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di mka bumi”(Surah al_Baqarah:30)

1.Nutfah(Air mani)
  • Peringkat pertama bermula selepas persenyawaan. Ianya berlaku pada minggu pertama dan bermula selepas percantuman antara air mani lelaki dan perempuan
  • Nuftah disebut 12 kali dan perkataan air mani disebut dalam   Al-quran sebanyak 13kali
  • Diantara ayat Al-Quran tersebut ialah:

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Sesungguhnye kami telah aturkan cara mencipta manusia bermula dari air mani yang bercampur  (dari pati benih lelaki dan perempuan)serta kami tetap menguji(dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu kami jadikan dia berkeadan mendengar dan melihat.”
(surah al-Insan:2)

“Dan bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasangan-pasangan lelaki dan perempuan dari air mani apabila dipancarkan;”
 (Surah al-Najm :46-47)       


2.’Alaqah


  • Perkataan bahasa 'Arab yang bermaksud 'sesuatu yang terganntung melekat atau bergantung' kepada sesuatu yang lain.
  •  Mempunyai maksud perkataan lain iaitu 'suatu buku atau ketulan darah'
  • Perkataan 'alaqah disebutkan dalam al-Quran sebanyak lima kali iaitu dalam : surah al-Hajj ayat 5,surah al-Qiyamah ayat 37-40,surah al-Mu'min ayat 67 dan surah al-'Alaq ayat 1-3.
  • Peringkat ini terbentuk pada hujung minggu pertama atau pada hari ketujuh dan telur yang disenyawakan ini akan tertanam di dinding ( qarar makin )

    "Wahai umat manusia,sekiranya kamu menaruh syak wasangka (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk hidup semula pada hari khiamat,maka perhatilah kepada tingkatn kejadian manusia kerana sebenarnya kami telah menciptakan kamu dari tanah,kemudian dri setitil air benih,kemudian dari sebuku darah beku,kemudian dari seketul daging yang disempurnkan kejadianye dan tidak disempurnakn.Kami jadikan secar yang demikian kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu Kekuasan Kami dan Kami pula menetapkan dalam kandungn rahim ibu yang mengandung itu apa yang Kami rangcangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya;kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak,kemudian kamu pelihara hingga sampai ke peringkat umur dewasa;dan dalam pada itu ad di antara kamu yang dimatikan semasa kecil atau dewasa dan ada pula yang dilanjutkan umurnya keperingkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akn sesuatu yang telah dikethuinya dahulu.Dan ingatlah suatu bukti lagi;Engkau melihat bumi itu kering,kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya,bergeraklah tanahnya dengan tumbuhan yang merancup tumbuhnya dan gembur membusutlah ia,serta ia pula menumbuhkan berbagai-bagai tanaman yang indah'
(surah al-Hajj:5)

    “Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan ke dalam Rahim?”              
(surah al- Qiyamah:37)

 “Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku,sesudah itu Tuhan meciptakanya ,dan menyempurnakan kejadian sebagai manusia”                     
 (Surah al-Qiyamah:38)

     “Lalu tuhan jadikan daripadanya dua jenis,lelaki dan perempuan”
(Surah al-Qiyamah:39)

   “Adakah Tuhan yang menjadikan semuanya itu,tidak berkuasa menghidupkan   orang-orang yang mati tentulah berkuasa”
(Surah al-Qiyamah:40)

  “Dialah yang menciptakan kamu dari tanah,kemudian dari setitis air benih,kemudian dari sebuku darah beku,kemudian dari seketul daging;kemudian ia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak;kemudian kamu dipanjangkan umur sehingga smpai menjadi ua .Dan dalam pada itu ada diantara kamu yang dimatikan sebelum itu Allah melanjutkan kejadian yang sedemikian supaya kamu sampai kemaa yang ditentukan untuk menerima balasan;dan supaya kamu memahami hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasan Tuhan”
(Surah al-Mu’min:67)

     “Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk”
(Surah al-Alaq:1)

     “Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku”
(surah al-Alaq:2)

     “Bacalah,dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah
”(Surah al-Alaq:3)



3.Mudgha
  • Terjadi pada minggu ke-4. Dalam al-Quran menyebutkan ada dua mudghah iaitu mudghah mukhallaqah (sempurna) dan mudghah ghair mukhallaqah (tidak sempurna).
  • Peringkat ini terbentuknya otak,saraf tunjang,telinga, dan anggota-anggota lain.
  • Jantung juga sudah mula berdegup dan darah mula mengalir lebih banyak ke jantung bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.

4. Izam dan lahma

  • setelah itu pada minggu kelima, enam dan tujuh terbentuk tulang (izom) yang membentuk otot– otot. 
  • Darah mulai mengalir dengan lebih banyak dan akhirnya membentuk sistem penafasan sendiri dihujung minggu ketujuh.
  •  Peringkat ini manusia masih lagi dikenali sebagai embrio. 


5.Nasyatan Khalaqan Akhbar

  • Berlaku pada akhir minggu ke-8.
  • Perubahan yang berlaku ialah pertukaran embrio kepada  janin.
  • Semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurna.Pada bulan ke4 , pembentukan  uri lengkap menyebabkan baki prantai bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang telah wujud.


   6.Nufkah ar-ruh

  •   Peroses peniupan roh berlaku selepas 40 hari dan selepas terbentuk organ seks.
  •   peniupan roh ini tidak dapat dikaji saintis sehinggalah sekarang.
  •   Ulama berpendapat roh ditiupkan selepas 120 hari iaitu setelah sempurna kejadian jasad manusia di     dalam perut ibu. Masa yang sebenarnya ditiupkan roh, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. 



KESIMPULAN

  • Kami dapat mengetahui lebih lanjut tentang proses kejadian manusia dari sperma dan ovem sehingga menjadi seorang bayi berdasarkan apa yang kami pelajari dari tajuk 3 dan kami olahkan ke dalam blog ini untuk menyatakan kebenaran dalam al-Quran tentang kajadian manusia .Kami berharap sesiapa yang membaca blog ini dapat mengetahui lebih lanjut tentang kajadian manusia dan dapat keyakinan bahaya apa yang dikatakan  dalam al-Quran adalah benar.
        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan