ASSALAMUALAIKUM

Pengenalan

Blog ini ditulis oleh kumpulan kami berdasarkan apa yang kami pelajari dalam Tajuk 3 bagi mata pelajaran Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam.Dalam blog ini kami menulis tentang proses kejadian manusia dan kami menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia.Proses Kejadian ini kami ambil kebanyakannya darial-Quran bagi menjelaskan kebenaran dan kesahihan peringkat kejadian manusia ini.

Khamis, 3 Mac 2016

KELEBIHAN SOLAT MENGIKUT HADIS


Kepentingan dan hikmah solat kepada orang-orang Islam yang beriman, di antaranya ialah:

1)Solat Untuk Menyembah dan Mengingati Allah S.W.T.:

  • Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Sungguh aku ini Allah,tidak ada tuhan selain aku Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Daku”.

         (S. Thaha: 14).
  • Solat adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat ini solat adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala.Tidak ada jalan lain untukkita hamba yang beriman ini untuk berhubung dengan Allah melainkan dengan hanya menunaikan solat.Justeru,orang Islam yang tidak menunaikan solat sebenarnya adalah orang yang tidak mengakui Allah itu tuhan yang patut disembah.Malah mereka ini adalah golongan yang telah menipu terhadap pengakuan di dalam syahadah dan  ikrar mereka.Orang Islam yang mengingati Allah,maka Allah akan sentiasa mengingati mereka seperti firman Allah Taala yang bermaksud:


·                                  "Maka ingatlah kepadaKu ,Aku pun akan ingat kepadamu."
                    (Ayat 152:Surah al-Baqarah)


2)Tanda pengabdian dan syukur kepada Allah Azzawajalla.

  • Solat juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita.
  • Firman-Nya:
    Yang bermaksud : Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberimu(Muhammad saw) nikmat yang banyak. Maka laksanakan solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.(sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah)”.

 (S.Al-Kautsar: 1-2).
  • Sekiranya seorang muslim tidak melaksanakan solat,bagaimana cara dia  mengucapkan syukur kepada Allah Taala.Adakah cukup sekadar mengungkap ucapan Alhamdulillah atau terima kasih Allah tanpa solat. Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat adalah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan sombong seperti lagak Firaun dan Qarun.


3)Hikmah Solat Dalam Menghapus Dosa.

  • Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

       ”Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak            waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar”.                    
         (HR Muslim).
  • Dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil.Sebagai manusia biasa kita tidak akan terlepas dan bebas dari melakukan dosa.Mata kita mungkin telah terlihat perkara mungkar,lidah kita mungkin berkata sesuatu yang  tidak berhak diperkatakan,begitu juga kepada anggota-angota yang lain yang melakukan kemungkaran.Maka melalui solat ini tadi dengan izin dan rahmat Allah ,kita dapat meminta keampunan dan memadamkan dosa-dosa lalu.Sesuungguhnya orang yang tidak mengerjakan solat adalah golongan yang tidak bimbang dan takut dengan azab dan api neraka Allah.


4)Sembahyang Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar

  • Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”…dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (S. Al-Ankabuut: 45).
  • Inilah kesan kebaikan kepada orang yang benar-benar taat mendirikan solat yang ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala.Kita mesti yakin bahawa solat yang ikhlas dan diterima Allah Taala itu  mampu menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran.Orang Islam yang tidak menunaikan solat amat mudah diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsu untuk melakukan perkara keji dan mungkar.Sekiranya kita mengamati waktu-waktu solat yang telah diwajibkan kepada kita iaitu Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak akan menyebabkan kita merasakan tidak ada ruang untuk membuat kemungkaran kerana hampir setiap masa dan ketika kita mendekati  Allah Azzawajalla.
  • Sesungguhnya amat banyak hikmah solat dalam kehidupan kita seharian.Selain hikmah yang disebutkan di atas solat juga mampu untuk mendidik umat Islam menjadi pengurus yang baik,mampu membentuk disiplin dan mencintai ilmu.Hikmah di atas belum lagi menyentuh berkenaan hikmah solat dari sudut sains dan kesihatan.




Secara ringkas mengenai pergerakkan dalam solat :

  1.  Takbiratul ihram
Pergerakan ini melancarkan aliran darah dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Semasa mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang banyak oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didakapkan di depan perut atau dada bahagian bawah. Sikap ini menghindarkan dari pelbagai gangguan persendian, khasnya pada tubuh bahagian atas.




Image result for KELEBIHAN GERAKAN SHOLAT

  1.   Rukuk yang sempurna (90 darjah)
Gerakan ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat syaraf. Posisi jantung selari dengan otak, maka aliran darah maksima pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi meregangkan otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan untuk mencegah gangguan prostat
Image result for KELEBIHAN GERAKAN SHOLAT

.
  1.   Iktidal
Iktidal adalah variasi setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bongkok berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami kesempitan dan pelonggaran secara bergilir. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.



  1.   Sujud
Aliran darah dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah yang banyak oksigen boleh mengalir secara maksima ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya fikir seseorang. Oleh itu,semasa bersujud,jangan tergesa-gesa supaya darah mencukupi kapasitinya di otak. Gerakan ini juga menghindarkan gangguan buasir. Khas kepada wanita, rukuk dan sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan. Sujud juga melegakan sistem penafasan dan membantu mengurangkan kekurangan oksigen di dalam badan.



  1.   Duduk tahiyyat awal dan akhir
Semasa tahiyat awal, kita bertumpu pada pangkal paha yang berhubung dengan syaraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tidak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik kepada lelaki kerana tumit menekan aliran pundi air kencing (urethra), kelenjar kelamin lelaki(prostat) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan betul, Posisi ini mencegah mati pucuk. Variasi posisi telapak kaki pada iftirasy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.



  1.     Memberi salam
Kelonggaran otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Pergerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketegangan kulit wajah.

.





  
Video mengenai kelebihan solat menurut 
Sains dan Islam




KESIMPULAN


Secara kesimpulannya, menurut ahli-ahli sufi solat adalah sebenarnya satu permohonan serta satu percakapan antara makhluk dengan penciptanya. Sebab itu doa memerlukan persemadiannya yang penuh. Dalam ibadat-ibadat lain kita tidak perlu begitu berhati-hati. Oleh kerana itu, adalah mustahak bagi kita supaya penuh berhati-hati semasa bersolat kalau tidak solat kita adalah seumpama seseorang yang mengigau dalam tidur, tetapi sungguhpun solat kita tidak sedarjat dengan solat orang-orang yang soleh, maka janganlah pula kita meninggalkan solat itu. Tidaklah betul sama sekali kalau kita memikir bahawa tidaklah berfaedah bersolat kalau tidak dikerjakan dengan sempurnanya. Solat dengan kurang kesempurnaanya adalah lebih baik dari tidak bersolat langsung kerana akibatnya ialah seksa yang paling pedih di akhirat kelak. Sebab itu adalah jelas sejelas-jelasnya bahawa kita sekalian mesti berusaha dengan seikhlas-ikhlasnya untuk bersolat dan berdoa ke hadirat Allah s.w.t supaya Ia memberi kepada kita taufiq dan hidayah supaya dapat kita bersolat seperti mana orang-orang yang soleh bersolat di masa-masa dulu sekurang-kurangnya yang sedemikian itu ada pada kita untuk dipersembahkan ke hadirat Allah s.w.t. Di dalam sembahyang satu penumpuan minda yang jitu bagi mengingati keagungan dan kebesaran Illahi dimestikan. Jadi, apa juga perkara atau halangan yang boleh merosakkan penumpuan minda ini boleh mencederakan sembahyang itu. Dengan ini, maksud sembahyang tadi tidak akan tercapai. Apabila maksud sembahyang tidak tercapai sukar untuk seseorang itu memahami setiap bacaan yang merupakan doa untuk kita menghindari perbuatan maksiat dan mungkar. Jadi cara terbaik untuk menghindari maksiat atau mungkar ialah dengan solat dengan khusyuk dan memahami setiap bacaan tersebut. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah s.w.t mesti berusaha untuk memperbaiki solat agar menjadi sempurnA. Sesungguhnya orang-orang yang tidak berusaha untuk memperbetulkan amalannya ialah golongan-golongan yang berada dalam kerugian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan