ASSALAMUALAIKUM

Pengenalan

Blog ini ditulis oleh kumpulan kami berdasarkan apa yang kami pelajari dalam Tajuk 3 bagi mata pelajaran Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam.Dalam blog ini kami menulis tentang proses kejadian manusia dan kami menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia.Proses Kejadian ini kami ambil kebanyakannya darial-Quran bagi menjelaskan kebenaran dan kesahihan peringkat kejadian manusia ini.

Sabtu, 5 Mac 2016

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT HADIS




Fakta-fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian manusia dalam hadis



  • Hadis tentang kejadian manusia .

       Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’ud r.a katanya : telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah SAW dan ia yang benar lagi dibenarkan (Rasulullah SAW yang benar dan dibenarkan segala tindakannya); sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan jadi segumpal darah seperti yang demikian itu 40 hari , kemudiaan jadi seketul daging seperti yang demikian itu juga 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis 4 kalimah iaitu, rezekinya, umurnya, amalannya, dan celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan mengerjakan dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya; dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketuntuaan tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan amalan ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.
(Riwayat Abu Daud : Kitab al-Sunnah, Bab tentang takdir)

TEORI SAINS

Teori sains menyatakan bahawa bayi yang di dalam kandungan akan mengharungi tiga tahap utama iaitu Pre-embrionik, Embrionik dan fetus. 

1) Tahap Pre-embrionik

Pada tahap pertama, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian membenamkan diri pada dinding rahim. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin membesar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri mereka sendiri guna membentuk tiga lapisan. 

2) Tahap Embrionik

Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini bayi disebut sebagai “embrio”. Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan- lapisan sel tersebut. 

3) Tahap fetus

Dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai “fetus”. Tahap ini dimulai sejak kehamilan bulan kelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan berlanjut hingga minggu kelahiran. 


Menurut kajian sains, manusia sebagai individu yang terdiri daripada sel daging, tulang, saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad. Pertemuan benih ayah dan ibu membentuk janin dalam rahim ibu, yang tumbuh secara evolusi. Setelah janin itu sempurna Ia lahir sebagai bayi.


KESIMPULAN 

Bukan Al-quran sahaja yang mencatatkan proses kejadian manusia , tetapi Hadis pun ada mencatatkan tentang proses kejadian manusia ini . oleh sebab itu , kita perlulah patuh akan perintah Allah dan tinggalkan semua larangannya .
Terjemahan: “Allah menjanjikan orang – orang yang beriman dan beramak soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalidah – khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang – orang yang sebelum mereka: khalifah – khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang – orang yang derhaka”. (Surah al-Nasar: 55) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan